Ekonomi

Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, lancar 100 koleksi raya mampu milik!

SEPERTI yang dinantikan peminat jenama terkenal negara ini, pereka duo Rizman Ruzaini kini muncul dengan koleksi RR Raya 2023.

Memilih slogan, Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini, untuk tahun ini hampir 100 helaian dilancarkan dengan rekaan bervariasi bagi meraikan setiap pemakainya pada Aidilfitri nanti.

Tersedia dari harga RM149 hingga RM8 ribu ringgit, jelas Rizman selepas hampir 20 tahun berada dalam bidang ini fokusnya kini hanya satu iaitu untuk memastikan setiap golongan di negara ini berpeluang untuk menggayakan jenama kebanggaanya ini.

“Di Rizman Ruzaini kami mewujudkan dua ‘segmentation’ yang melibatkan jenama Rizman Ruzaini iaitu untuk golongan yang memilih harga yang lebih mewah, manakala RR pula untuk mereka yang mahu membeli jenama ini tanpa perlu memikirkan soal harga.

“Tetapi untuk tahun ini kempen kami tertumpu kepada semua golongan melalui satu slogan Raikan Raya Bersama Rizman Ruzaini. Dari serendah-rendah harga yang kami letakkan, saya yakin semua pelanggan di luar sana yang teringin menyarungkan rekaan eksklusif Rizman Ruzaini mampu untuk berbuat demikian untuk kali ini,” katanya.

Rizman turut mendedahkan bahawa mereka membelanjakan sehingga RM1 juta untuk melancarkan kempen koleksi RR Raya tahun ini. Bercakap perihal lokasi perlancaran malam ini, Rizman menjelaskan bahawa pemilihan hotel St. Regis dilihat bertepatan dengan koleksi hari raya Rizman Ruzaini untuk tahun ini.

“Mengenali saya dan Ruzaini sendiri kami memang teliti dalam semua aspek. Jadi pemilihan lokasi ini juga harus selari dengan apa yang ingin kami tampilkan pada koleksi kali ini. Eksklusif dan mewah.

“Memang benar untuk perlancaran kali ini juga peruntukkannya adalah RM1 juta. Ia bukan soal duit sebenarnya tetapi ia tentang bagaimana selepas hampir 20 tahun mencabar diri, apa yang ingin kami tonjolkan adalah kematangan jenama ini,” tambahnya.

Sementara itu, apa yang mencuri tumpuan pada majlis perlancaran ini juga adalah kehadiran puluhan selebriti yang turut meraikan koleksi terbaharu ini.

Tampil memukau dengan rekaan Rizman Ruzaini, pastinya nama-nama seperti Marion Caunter, Kavita Sidhu, Daiyan Trisha ternyata mengiyakan bahawa jenama Rizman Ruzaini bukan sahaja disayangi peminatnya tetapi golongan terkenal ini.

“Seperti yang kita tahu, Rizman Ruzaini memang cukup akrab dengan golongan selebriti di negara ini. Bagi kami kehadiran jenama ini pada awalnya juga banyak bergantung kepada sokongan selebriti yang tidak putus-putus memberikan maklum balas yang baik tentang jenama ini.

“Tentunya saya harapkan hubungan antara selebriti dan Rizman Ruzaini akan terus terjalin erat sekali gus menjadi inspirasi kepada kami untuk terus menghasilkan karya lebih mengujakan pada masa depan,” jelasnya.

Istimewanya juga, pertunjukan fesyen Rizman Ruzaini Fall Winter 2023 & Raya 2023 kali ini mendapat sokongan rakan strategik daripada Usanita.

Artikel berkaitan > Rizman Ruzaini perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal 2023 Mampu Milik

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button