Ekonomi

Rizman Ruzaini perkenal Junior Designer, Lancar Koleksi RR Bridal 2023 Mampu Milik

RIZMAN RUZAINI cukup sinonim dengan rekaan pakaian pengantin, 17 tahun membina jenama ini melalui rekaan yang eksklusif dan mewah  ternyata kreativiti dua pereka terkenal Rizman Nordin dan Ruzaini Jamil ini sering kali menjadi pilihan.

Memberi jaminan mutu sebagai asas kepada setiap ciptaan mereka, kini rekaan Rizman Ruzani cukup gah bukan sahaja sebagai persalinan biasa malah menjadi pilihan kebanyakan pengantin, daripada orang biasa sehinggalah golongan kenamaan mahupun selebriti.

Melihat penerimaan jenama ini yang cukup meluas dalam kalangan rakyat Malaysia, Rizman Ruzaini kini muncul dengan impian untuk menggayakan setiap bakal pengantin di negara ini.

Merangka impian ini sejak beberapa tahun lalu, antara langkah pertama yang diambil jenama ini adalah dengan memperkenalkan Junior Designer yang akan membantu Rizman Ruzaini Bridal dalam merealisasikan rancangan ini.

“Ini bukan perkara baharu dalam dunia fesyen antarabangsa, malah jenama terkenal lain memang mempunyai pereka muda sebagai pelapis. Di Rizman Ruzaini sendiri kami mahu menuju ke destinasi yang lebih jauh dan mempunyai seseorang yang akan membawa aspirasi kami pada waktu ini sangat penting.

“Bukan satu kerja mudah, dalam tempoh pencarian ini juga, elemen utama yang kami ambil kira adalah Junior Designer yang bakal dipilih memahami DNA Rizman Ruzaini. Alhamdulillah selepas hampir setahun, kami diketemukan dengan Akmal yang kami yakin mampu menyempurnakan setiap rekaan dengan sentuhan Rizman Ruzaini,” katanya.

Melihat kehadiran Akmal juga sebagai penanda aras kepada perniagaan mereka kini, jelas Rizman, penting untuk setiap pelanggan mereka di luar sana tahu bahawa hasil setiap rekaan Junior Designer ini tetap akan dipantau oleh Rizman dan Ruzaini sendiri. Ini bagi memastikan nilai estetik yang sentiasa menjadi dambaan jenama ini akan terus dapat dikekalkan.

“Kami berhasrat mahu menjadi sebahagian daripada hari penting setiap pengantin di Malaysia, memang itu yang menjadi impian kami berdua sebenarnya. Namun kita perlu bersikap realistik. Bagi saya soal kadar bayaran masih menjadi agenda utama pengantin di luar sana.

“Jadi kehadiran junior designer ini adalah solusi daripada kami buat semua bakal pengantin. Dengan harga permulaan hanya dari RM4,000 tidak mustahil lagi buat mereka untuk menyarung busana jenama Rizman Ruzaini si hari bersejarah mereka.” jelasnya.

Tidak sahaja perlu kreatif dalam soal rekaan, tambah Rizman kriteria yang turut ditekankan dalam pemilihan Junior Designer ini juga adalah persembahan diri serta kemampuan berkomunikasi dengan baik.

“Tidak dinafikan bila bercakap soal bakat kami bertemu dengan ramai pereka muda dan berbakat, tetapi antara kesilapan besar mereka adalah apabila melihat industri ini sebagai batu loncatan mereka untuk berada dalam dunia glamor. Bukan sesuatu yang tidak baik sebenarnya, tetapi fokus utama yang perlu mereka lihat adalah perniagaan dan dunia glamor hanya bonus bila berada dalam industri ini.

Artikel berkaitan > Ikon RR Empire Perkukuh Jenama Rizman Ruzaini

 

(Visited 486 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button