BeritaPolitik

Rafizi pula berdrama selepas Anwar dan Azmin

PARTI PKR ini memang gemar mencipta drama. Mereka sedar para penyokong parti berkenaan memang kuat dan tegar menonton drama tidak kiralah walaupun hanya sebabak.

Anwar dan Azmin sebelum ini bergaduh-gaduh manja, pada hal mereka sengaja mahu melihat sokongan di dalam PKR, PH dan pembangkang kini berada di mana.

Ini sebahagian daripada percaturan Anwar sebelum menjadi perdana menteri dijangkakan sekitar tahun hadapan dan telah dipersetujui sendiri oleh Dr. Mahathir.

Tiba-tiba Rafizi tidak mahu ketinggalan dengan mengumumkan menarik diri atau merajuk daripada dunia politik kerana tidak dilayan sewajarnya selaku pemimpin yang memberi sumbangan besar kepada kemenangan PH pada pilihan raya lalu.

Tetapi jangan tertipu dengan naratif itu. Sama juga mana mungkin Anwar dan Azmin bergaduh. Mereka adalah sekufu. Begitu juga Rafizi yang difahamkan dilantik sebagai wakil negara sebagai pelobi produk sawit di peringkat global.

Sudah tentulah pasaran terbesar yang perlu ditangani tentulah di Eropah dan Amerika Syarikat. Pelobi Eropah yang paling kerap memburukkan minyak sawit bagi melindungi produk minyak yang dihasilkan mereka.

Jika berani Rafizi umumkan sahaja tidak perlu hingga berdrama pelbagai. Rakyat sudah muak. Bahkan rakyat tidak lagi peduli lantik politik yang sudah menjadi keutamaan kerajaan hari ini.

Perbuatan menjilat ludah sendiri bukan perkara yang pelik lagi bagi kerajaan. Jika dahulu ramai yang menyangka BN menjadi kerajaan paling dibenci rakyat, selepas 22 tahun, tetapi rupa-rupanya PH telah mengatasi kedudukan itu hingga menjadikan BN sebagai pembangkang yang hebat.

Tahniah kepada Rafizi dan pemimpin PKR yang lain anda kerajaan sepenggal dan datang dari jalan selepas sepenggal kembalilah ke jalan. Tetapi jangan dilupakan drama Liwat 3.0. Salam tiga jari.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button