BeritaEkonomi

Inisiatif Road and Belt menyatukan sebuah pasaran besar – Irmohizam

Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Kuala Lumpur, Datuk Seri Dr. Irmohizam Ibrahim berkata, inisiatif  Road and Belt yang dilaksanakan oleh negara China telah menyatukan sebuah pasaran besar dan sekaligus menyatukan negara-negara.

Sehubungan itu beliau menjangkakan lebih banyak peluang perniagaan akan dicipta, membentuk persefahaman di mana setiap orang akan berkongsi hasil daripada inisiatif tersebut.

“Seperti yang dinyatakan oleh Presiden Xi Jinping, “Dalam mengejar Inisiatif Road and Belt, kita harus memberi tumpuan kepada isu pembangunan asas, mengetengahkan potensi pertumbuhan pelbagai negara dan mencapai integrasi ekonomi dan pembangunan yang saling berkaitan dan memberikan manfaat kepada semua.” katanya.

Irmohizam juga mengucapkan terima kasih kepada Dewan Perniagaan Antarabangsa China (CCOIC) kerana diberi penghormatan untuk beliau menyertai Forum Ekonomi Antarabangsa, Beijing, China membabitkan syarikat-syarikat yang terlibat di dalam inisiatif Road and Belt.

Sebagai Pengarah Eksekutif Pusat Dagangan Kuala Lumpur, beliau menawarkan kemudahan pusat konvensyen berkualiti tinggi sebagai rakan kongsi kepada inisiatif tersebut dan menjadi pintu masuk kepada ASEAN.

“Kemudahan berkualiti tinggi memainkan peranan penting dan WTC Kuala Lumpur menjadi tempat pilihan untuk konvensyen tempatan, antarabangsa, konsert dan acara berprestij lain di Malaysia.

“WTC Kuala Lumpur terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur dan hanya 45 minit dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan dalam jarak berjalan kaki jauhnya pusat membeli-belah, restoran, pusat hiburan dan hotel-hotel bertaraf 5 bintang. Oleh itu, menjadikan kami tempat pilihan di Malaysia dan juga di kawasan ASEAN.

“Selain itu, penganjur acara mempunyai lebih banyak kebebasan di PWTC dalam menentukan susunan acara keseluruhan. Kami tahu bahawa untuk memenuhi segala keperluan adalah perkara yang paling rumit, tetapi usaha tidak pernah berhenti dibuat bagi meningkatkan kualiti kemudahan di venue berkenaan,” katanya.

(Visited 208 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.
Back to top button