JenayahPolitik

PUTRA gesa SPRM siasat dakwaan 3 Ahli Parlimen salah guna kuasa

PARTI PUTRA Malaysia (PUTRA) hari ini membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menyiasat dakwaan percakapan dalam mahkamah oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi terhadap tiga Ahli Parlimen melakukan salah guna kuasa.

Ketua Pergerakan Wira PUTRA, Nasrul Ali Hasan Abdul Latif dalam kenyataannya berkata, laporan dibuat terhadap keterangan Dengar Cakap Presiden UMNO, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Presiden parti itu mendakwa tiga bekas Ahli Parlimen UMNO yang telah melompat ke Parti Bersatu (Bersatu) untuk menyelamatkan diri dari disiasat SPRM.

Menurut Nasrul, tiga nama tersebut adalah Datuk Mas Ermieyati Samsudin, Ahli Parlimen Masjid Tanah; Datuk Seri Mustapa Mohamed, Ahli Parlimen Jeli dan Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali, Ahli Parlimen Bagan Serai.

“Pendedahan terhadap ketiga-tiga nama tersebut adalah keterangan yang perlu dipertanggungjawabkan kerana disebut di dalam mahkamah.

“Pendedahan tentang dana atau peruntukan yang dinyatakan juga bernilai sehingga puluh jutaan ringgit dan wajar untuk turut disiasat sumbernya sama ada ia adalah dari UMNO atau dana kerajaan,” katanya.

Beliau berkata, ini dikhuatiri tujuan dan tindakan penggunaan wang sebesar ini membawa impak buruk kerana pemimpin mengajar amalan rasuah hingga ke peringkat bawahan.

Justeru katanya, Wira PUTRA menggesa SPRM segera lakukan siasatan yang telus, katanya.

“Bawa mereka ke muka pengadilan sekiranya benar terdapat unsur-unsur penyelewengan atau salah guna kuasa atas kepentingan peribadi,” katanya dalam kenyataan yang sama. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button