HiburanLuar Negara

Pelakon Hollywood Law & Order, dipercayai mati lemas

Pada 26 Jun lalu, Pelakon Hollywood, Mary Mara berumur 62 tahun, yang terkenal dengan siri televisyen popular Law & Order, meninggal dunia akibat mati lemas di Sungai St Lawrences, New York.

Pengesahan berita dukacita ini dilaporkan oleh CNN, Mara, Craig Dorfman.

Dalam satu kenyataan dari polis tempatan berkata, pihaknya menerima pangilan pada pagi ahad, jam 8.10 pagi (waktuk tempatan) tentang kehilangan semasa Mary berenang di tempat kejadian.

“Siasatan awal mendapati aktres itu meninggal dunia akibat lemas dan menolak sebarang kekerasan fizikal,” jelas dari pihak polis dalam satu kenyataan.

Pegawai perubatan dari Pejabat Pemeriksa Perubatan Daerah Jefferson, akan melakukan bedah siasat terhadap mayat Mary Mara, bagi mengetahui punca lanjut.

Sementara itu, pihak keluarga Mara memaklumkan aktres itu sedang bercuti dengan kakaknya, Martha Mara, di rumah persinggahan mereka. Kediaman tersebut terletak berhadapan sungai.

Selain menjayakan Law & Order, Mara juga dikenali sepanjang kariernya melalui pelbagai rancangan dan filem seperti dalam Ray Donovan, The Practice, dan Love Potion.-SM

(Visited 338 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button