Banjir

Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil bantu mangsa banjir

Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor Kampus Dengkil telah memulakan misi bantuan pasca banjir di kawasan sekitar Dengkil bermula pada Selasa lepas. Seramai 40 orang staf telah bersama-sama membantu membersihkan rumah staf Pusat Asasi UiTM yang teruk terjejas akibat banjir yang berlaku baru-baru ini.

Sehinga ke hari ini, sebanyak 11 buah rumah telah berjaya dibantu dan dibersihkan dan misi akan diteruskan ke rumah-rumah sekitar Bukit Changgang yang masih dinaiki air.

“Kita akan meneruskan misi bantuan ini ke kawasan sekitar Bukit Changgang selepas air mula surut dan keadaan reda untuk pihak sukarelawan menghulurkan bantuan”, kata Zaidi Yaacob selaku penyelaras misi bantuan.

Pengarah Pusat Asasi UiTM berkata, beliau amat berterima kasih kepada semua staf yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak langsung dalam misi bantuan tersebut. Beliau juga menyatakan setinggi-tinggi penghargaan kepada pasukan sukarelawan daripada UiTM Perak yang turut membantu semalam dengan kekuatan seramai 30 orang pelajar dan 15 orang staf.

Terdahulu, Pusat Asasi UiTM telah menempatkan staf-staf yang terlibat di kolej kediaman Pusat Asasi UiTM berikutan rumah mereka yang dinaiki air dan terjejas akibat banjir.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button