Luar Negara

Punyai banyak tatu serangga di badan, rupanya takut serangga

SEORANG lelaki yang berasal dari New York menjadi pemegang The Guinness World Record kerana mempunyai tatu serangga terbanyak di badan rupa-rupanya takut dengan serangga.

Menurut Daily Star, Michael Amoia, 47, menjadi pemegang rekod dunia bagi tatu serangga terbanyak di badan dengan 864 tatu manakala rekod sebelum ini dipegang oleh Baxter Milsom dengan hanya 402 tatu.

Tatu pertama yang dicacah ke badannya ialah tatu ratu semut merah di bawah lengannya ketika usia 21 tahun.

Sebahagian daripada dakwat serangga yang dicacah dibuat dalam tempoh lebih dua dekad.

Antara tatu tersebut ialah 89 ekor semut di lengan kiri dan kumbang di atas mata kanannya.


Dia berkata, orang sering tersalah anggap bahawa dia suka akan serangga kerana mempunyai banyak tatu serangga sedangan dia sebenarnya benci dengan serangga.

“Ramai orang fikir saya suka serangga tetapi ia adalah sebaliknya.

“Saya takut dan benci serangga, tetapi ia mempunyai pelbagai makna, itulah sebabnya saya meletakkannya di seluruh badan saya.

“Ia ada beberapa makna yang gelap, tetapi lebih kepada mesej yang positif,” katanya.

Tambah Michael yang bekerja sebagai penerbit muzik, dakwat itu boleh menarik banyak perhatian apabila dia berada di luar rumah.

“Orang selalu datang kepada saya dan bercakap dengan saya mengenai kerja saya.

“Tetapi apabila mereka mengetahui mengenai kisah saya, mereka mula merumuskan pendapat yang sama sekali berbeza mengenai saya,” katanya.

Dia berkata, lebih melucukan apabila pendapat orang ramai mengatakan dia akan sukar mendapat pekerjaan kerana badannya dipenuhi tatu.

Michael turut menganggotai lembaga pengarah di For a Bright Future iaitu sebuah yayasan yang menderma peralatan dan wang kepada kanak-kanak kurang bernasib baik. – SM

(Visited 74 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button