Hiburan

Dituduh masuk Kristian, Sakinah tunjuk bukti suaminya Islam

BARU-BARU ini pelakon Sharifah Sakinah, 33 mendedahkan bahawa dia dan jejaka mat salleh, Michael Hansen telah sah bergelar suami isteri.

Namun, Sakinah telah menerima satu pesanan Direct Message (DM) daripada netizen yang mengucapkan tahniah dan tidak semena-mena menuduhnya memeluk agama kristian.

Oleh itu, Sakinah telah tampil menjawab dakwaan tidak berasakan itu di akaun Instagram miliknya.

Sakinah berkata dia tidak berkongsi status agama suaminya kerana mahu menghormati perasaan keluarga mentua.

“Kami tak muat naik bukti sebab tidak mahu mengharu-birukan keluarga mentua. Cuba anak awak tiba-tiba menukar agama, mak awak melenting tak?.

“Nak sangat bukti, sila selak halaman sebelah. Terima kasih sebab mengharu-birukan keadaan.

“Saya telah menjelaskan sebelum ini, jadi tak perlulah nak mempersoalkan lagi. Tak perlu nak buruk sangka.

“Habis semua nak kena tunjuk bukti. Kamu tak tunjuk sebab nak jaga hati keluarga di sebelah sana,” tulisnya.

Menerusi hantaran itu, Sakinah turut berkongsi tangkap layar mesej berbaur sentiment agama oleh sorang netizen yang tidak dikenali.

Beliau turut sertakan gambar kad perakuan memeluk agama Islam milik suaminya yang dikeluarkan oleh Majlis Agama Islam Selangor. -SM

(Visited 475 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button