Nasionalpilihan

Pulau Pinang beri air percuma enam bulan

Kerajaan Pulau Pinang akan memberikan rebat dalam bentuk air percuma bagi 10,000 liter pertama bagi setiap bil air selama enam bulan dan meluaskan skim Rebat Mesra Keluarga RM20 bagi isi rumah besar.
Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Pengangkutan dan Digital negeri Zairil Khir Johari berkata, kerajaan negeri telah meminta Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) untuk berbuat demikian.
Katanya, untuk pemberian air percuma 10,000 liter itu berkuat kuasa Julai ini hingga Disember 2024 dan skim rebat pula melibatkan isi rumah besar iaitu lapan orang ke atas dengan pendapatan RM5,000 ke bawah.
“Dengan rebat ini, semua pengguna air domestik akan menikmati rebat RM6.20 pada setiap bil. Sebagai contoh, pengguna dalam band pertama hanya perlu membayar RM6.20 (RM12.40 tolak RM6.20) untuk dua bulan.
“Bagi pengguna dalam band kedua yang dibil sebanyak RM30 hanya perlu membayar RM23.80 untuk dua bulan,” katanya dalam satu kenyataan.
Katanya, kerajaan negeri mengambil maklum rintihan mengenai kadar tarif air domestik baharu yang dilaksanakan sejajar dengan pelarasan semula tarif air oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) berkuat kuasa sejak Feb 2024. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button