PU Rahmat belum nyatakan kesudian sertai parti Syed Saddiq
BRKAS peserta program realiti TV, Pencetus Ummah (PU), Rahmat Ikhsan masih belum membuat keputusan terhadap pelawaan untuk menyertai parti baharu yang yang akan ditubuhkan oleh Syed Saddiq Syed Abdul Rahmat.
Jelas Rahmat yang lebih dikenali sebagai PU Rahmat, dia masih belum menyatakan kesudian terhadap pelawaan yang dibuat oleh Ahli Parlimen Muar itu.
“Saya dan beberapa anak muda dipelawa oleh Syed Saddiq untuk bersama parti baru berasaskan anak muda yang akan ditubuhkan kelak.
“Semua pihak boleh memberi pelawaan tetapi sayalah yang akan memutuskan. Buat masa ini saya masih berfikir,” kata PU Rahmat.
Namun, menurut PU Rahmat, dia berasa seronok hadir ke mesyuarat yang anjuran Syed Saddiq baru-baru ini kerana dapat bertemu dengan anak muda yang berwawasan.
Jelasnya. dia turut berasa seronok untuk berkawan dengan pelbagai jenis manusia kerana akan meluaskan ufuk pemikirannya.
“Sebagai penutup, saya belum menyatakan sudi dengan pelawaan ini. Kepada semua follwer FB/ IG saya yang bijaksana .
“Apakah pandangan anda tentang Parti Baru? adakah langkah yang bijak atau sia-sia? Cuba tinggalkan komen secara matang,” kata PU Rahmat di media sosialnya.
Beberapa pengikutnya memberikan galakkan untuk PU Rahmat menyertai parti baru tersebut namun ada juga yang menyindir.
“Saya setuju Rahmat sertai politik, tak kira yang mana satu pilihan. Sebab dalam kelompok yang kurang elok dapat diperbetulkan, yang elok diperkemaskan, yang betul diteruskan. Jika kita lari daripada semua itu makna kata kita adalah tidak bertanggongjawab sesama insan. Tak ada masalah yang tidak dapat diselesaikan,” komen Muhd. Shah.
“Pada saya tak usah masuk dan terlibat dengan politik. Percaya la politik itu sangat kotor. Cukup la ustaz hanya terlibat masa pilihan raya aje nanti. Bukan apa, bukan semua folowers ustaz suka parti tu parti ini. Ada yang suka ada yang tak suka. Fahamkan maksud saya. Lagi-lagi ustaz ni public figure jadi ustaz ni lagi senang untuk kene kutuk dan dikecam,” nasihat Kua Chong.
“Nego (berunding) dengan Syed Saddiq ustaz jadi presiden tanpa bertanding selama 5 tahun, dia onz baru layan. Buang masa kalau jadi orang bawah ja,” kata Siti Farhana Hisham.
Terdahulu,Syed Saddiq yang juga bekas Ketua Pemuda Bersatu (Armada) menyatakan dia tidak akan menyertai Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) yang baru ditubuhkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.
Sebaliknya, Syed Saddiq meluahkan hasrat untuk menggerakkan parti berasaskan pelbagai bangsa yang memberikan keutamaan kepada orang muda bagi memastikan suara dan kebimbangan golongan itu didengari.
Beberapa aktivis dah ahli perniagaan muda telah dijemput oleh Syed Saddiq untuk bertemu dan melakukan percambahan fikiran mengenai idea mewujudkan parti baru khas untuk golongan muda.
Antaranya termasuk Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) ARBA Travel, Ammar Roslizar; CEO The Lorry, Nadhir Syafiq, Founder Fathopes Energy, Vinesh Sinha dan aktivis masyarakat miskin Syed Azmi.-SM