Politik

PRU15: MIC serah pada PM tentukan masa

PRESIDEN MIC, Tan Sri Vigneswaran menggesa pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) memberi ruang yang secukupnya kepada Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk menentukan masa yang paling sesuai bagi mengadakan Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, sejak dari awal lagi, MIC menyokong kepimpinan Ismail Sabri selaku Perdana Menteri kesembilan.

“Kita juga sudah berbincang dengan MCA dan PBRS dan semua sependapat untuk memberi mandat kepada Datuk Seri Ismail Sabri dalam menentukan PRU15,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Perhimpunan Agong Tahunan MIC hari ini.

Katanya lagi, amat jelas keutamaan tertinggi Ismail Sabri ialah memberi tumpuan kepada usaha pemeliharaan kesejahteraan dan kehidupan rakyat kita.

Usaha-usaha kerajaan ini telah berjaya mengurangkan kegelisahan rakyat dan sekali gus meningkatkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan, katanya.

“Ketidakmampuan untuk memenuhi permintaan atau espektasi rakyat akan mengakibatkan mereka mempunyai perspesi yang cenderung ke arah negatif terhadap kerajaan,” ujar beliau.

Beliau berkata, MIC akan terus mendukung wawasan untuk memperkasakan masyarakat India dalam pelbagai aspek termasuk fizikal dan rohani demi melahirkan insan yang berjaya, berintegriti dan bermaruah dalam “Keluarga Malaysia”. – SM

(Visited 222 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

HASNURUL MOHAMED

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad yang kehilangan kerja.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button