Ekonomi

Prospek kerjasama Malaysia-Singapura dalam bidang industri, perkhidmatan dan eko-pelancong

Terdapat prospek untuk kerjasama baharu dalam ekonomi digital dan hijau, termasuk e–dagang dan penjualan tenaga diperbaharui di antara Malaysia dan Singapura.

Di antara bidang kerjasama yang sedang dibincangkan adalah Industri 4.0, pembuatan termaju, sektor perkhidmatan, dan eko–pelancongan.

Demikian dipersembah maklumkan oleh Tuan Yang Terutama Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Singapura, Datuk Dr Azfar Mohamad Mustafar kepada Pemangku Raja Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail baru-baru ini

Beliau berkata demikian menurut kenyataan Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) ketika mengucapkan selamat berangkat pulang kepada Tuanku Pemangku Raja Perlis di Lapangan Terbang Antarabangsa Changi.

Menurut Dr Azfar, ‘Bagi suku pertama 2024, Malaysia ialah rakan dagangan ke–2 terbesar Singapura selepas China, dengan jumlah dagangan sebanyak USD$19.61 bilion (RM92.6 bilion), meningkat 5% untuk tempoh yang sama pada 2023’.

Tambah beliau, ‘Singapura merupakan sumber pelaburan tertinggi untuk tahun 2023 dengan jumlah pelaburan sebanyak RM43.7 bilion’.

Hadir sama ialah Presiden Persatuan Muhammadiyah Singapura, Ustaz Muhammad Azri Azman.

Tuanku Syed Faizuddin Putra berangkat ke Singapura bagi mengetuai lawatan kerja Ahli Jawatankuasa Kewangan MAIPs selama tiga hari.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button