Nasional

Program pembinaan pasukan jhepa upsi pupuk perpaduan

JABATAN Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (JHEPA) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) menganjurkan program Team Building & Retreat JHEPA 2022 pada 15 hingga 18 Julai lalu bertempat di Kem Bumi Jati, Shah Alam, Selangor,yang bertujuan membina semangat perpaduan dan persefahaman bagi memperkasakan perkhidmatan yang bermutu tinggi.

Antara aktiviti memupuk semangat berpasukan.

Seramai 181 staf yang terdiri daripada pegawai pengurusan dan pelaksana telah berkumpul dan berganding bahu dalam menjalani semua aktiviti dengan cemerlang.

Pengarah program, Suhaimi Zulkipli berkata program bertujuan mengukuhkan jati diri dan ukhwah dalam kalangan warga JHEPA dipupuk bagi menjamin kelancaran pengurusan pentadbiran Jabatan dan memenuhi KPI Universiti.

Prof Madya Dr Norkhalid dan Helmi Zaifura (tengah) bersama kakitangan yang mengikuti program Team Building & Retreat JHEPA 2022.

Antara pengisian sepanjang program termasuklah Sesi Bersama Ahli Jawatankuasa Pengurusan Universiti (JKPU) iaitu Pendaftar Universiti, Helmi Zaifura Abdul Rahman, aktiviti Team Building, sesi refleksi Team Building, Mesyuarat KPI dan Pelan Strategik 2022-2023, Majlis Makan Malam dan “Festival of Ideas”.

Prof Madya Dr Norkhalid Salimin

Helmi Zaifura dalam ucapannya berkata semua staf di UPSI perlu mengamalkan governan dinamik dalam merancang, mengurus dan memantau pengurusan setiap pusat tanggungjawab bagi memastikan agenda universiti tercapai dengan berkesan.

Program itu, katanya, adalah satu titik tolak ke arah proses penambahbaikan dalam organisasi dari aspek seperti hubungan dan komunikasi, pengetahuan tentang organisasi dan nilai teras organisasi.

Aktiviti yang menguji minda peserta

Beliau berkata peningkatan kualiti staf adalah antara usaha untuk memartabatkan pekerja supaya menjadi lebih mantap dan bermutu seterusnya menyumbang kepada kecemerlangan UPSI.

Sementara itu Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Madya Dr. Norkhalid Salimin berkata program itu adalah program tahunan yang bertujuan untuk membina hubungan yang harmoni di kalangan staf tanpa mengira status dan pangkat,

Beliau yang turut menyertai semua aktiviti sepanjang program ini berpendapat pentingnya mengeratkan hubungan antara staf terutama staf pentadbiran dan staf akademik bagi mewujudkan suasana kerja yang kondusif dalam hubungan interpersonal dan intrapersonal. -SM

 

(Visited 502 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button