Ekonomi

Program jangkau luar untuk dos penggalak di syarikat, persatuan

ProtectHealth Corporation Sdn. Bhd. (ProtectHealth) ingin menyeru syarikat dan persatuan yang ingin memberi suntikan dos penggalak kepada pekerja dan ahli mereka untuk mendaftar sebagai Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Jangkau Luar melalui Pengamal Perubatan Swasta (PPS) dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) Penjagaan Kesihatan
yang berdaftar dengan ProtectHealth.

Program ini menyediakan cara yang lebih terkawal dan lebih mudah untuk pekerja, terutamanya mereka yang bekerja di kilang dan tidak bergerak kerana program ini juga menyediakan vaksinasi di rumah. Permohonan untuk membuka PPV Outreach akan dikemukakan oleh PPS dan NGO Penjagaan Kesihatan.

Bermula pada November 2021, PPV Jangkau Luar ini telah dikendalikan oleh PPS dan NGO penjagaan kesihatan untuk memperluaskan akses dos penggalak dan mempercepatkan kadar pemberian vaksin dos penggalak di seluruh negara.

Syarikat dan persatuan boleh meminta dengan PPS atau NGO Penjagaan Kesihatan yang telah berdaftar dengan ProtectHealth untuk menjalankan Program PPV Jangkau Luar PPV untuk pekerja atau ahli
mereka.

PPV Jangkau Luar ini menggantikan PPV Industri seperti Program Imunisasi Industri COVID-19 Kerjasama Awam-Swasta (PIKAS), Program Vaksinasi Barisan Hadapan Industri Agromakanan (AiVAC), dan Program Vaksinasi Industri Peruncitan (RiVAC) yang sebelum ini telah dilaksanakan bersama-sama dengan kementerian berwajib.

PV Jangkau Luar ini juga menggantikan Program Jangkau Luar yang sebelum ini dilaksanakan oleh NGO Penjagaan Kesihatan bagi kawasan luar bandar dan kawasan pedalaman. Semua program ini dikoordinasikan di bawah program PPV Jangkau Luar.

Melalui Program PPV Jangkau Luar, kos vaksin ditanggung oleh kerajaan dan disediakan secara percuma. In juga termasuk pengurusan vaksin di mana ProtectHealth akan membayar kepada PPS dan NGO Penjagaan Kesihatan untuk setiap vaksinasi yang diberikan.

Pembekal dibayar untuk perkhidmatan klinikal penuh. Majikan, syarikat atau persatuan tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran kepada penerima vaksin (pekerja atau ahli) dan harus menyediakan tempat dan infrastruktur bukan klinikal untuk PMP dan NGO Penjagaan Kesihatan melakukan vaksinasi.

Majikan tidak dibenarkan mengenakan sebarang bayaran kepada pekerja untuk dos penggalak yang diperoleh melalui Program Jangkauan PPV ini.

Ketua Pegawai Eksekutif ProtectHealth, Datuk Dr. Anas Alam Faizli berkata, “ProtectHealth sentiasa berusaha untuk memperluaskan lagi akses dos penggalak dan menambahbaik keselesaan dan kemudahan untuk mereka yang ingin mendapatkan dos penggalak dengan menawarkan pelbagai jenis PPV termasuk untuk vaksin dos penggalak bagi menampung semua populasi.

“PPV Jangkau Luar adalah salah satu cara untuk mempercepatkan vaksinasi dos penggalak dengan memfokuskan pada kumpulan dan sektor yang disasarkan, dalam jangka masa yang pendek (1 hingga 7 hari), bergantung pada jumah penerima vaksin.

“Sebelum ini, kebanyakan pekerja akan pergi ke PPV tetapi kini, majikan boleh memilih untuk menyediakan tempat vaksinasi untuk pekerja atau ahli persatuan mereka dalam tempoh masa satu hingga tujuh hari.

“Kami juga ingin menggalakkan PPS dan NGO Penjagaan Kesihatan untuk bekerjasama dengan majikan dan ketua komuniti yang ingin melakukan vaksinasi yang disasarkan di komuniti mereka, tempat kerja atau di kilang untuk meningkatkan pemberian dos penggalak.

Bagi memastikan pemberian vaksin dos penggalak melalui Program PPV Jangkau Luar dilaksanakan secara sistematik dan selamat, beberapa prosedur telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh PPS dan NGO kesihatan yang berdaftar di bawah ProtectHealth.

Maklumat Penting Berkaitan Pelaksanaan Pemberian Vaksin Secara Program Jangkau
Luar

  1. Semua PPS dan NGO Kesihatan yang berdaftar dengan ProtectHealth dibenarkan untuk melaksanakan pemberian vaksin secara PPV Jangkau Luar. Persetujuan daripada Pejabat Kesihatan Daerah dan syarikat yang terlibat hendaklah diperolehi terlebih dahulu sebelum membuat permohonan kepada ProtectHealth.
  2. Vaksin yang akan diberikan adalah secara percuma dan ditanggung oleh Kerajaan.
  3. Jenis vaksin yang akan diberikan adalah berdasarkan ketersediaan stok dan syor terkini oleh Jawatankuasa Kerja Teknikal (TWG).
  4. Pihak syarikat / agensi / komuniti setempat adalah bertanggungjawab untuk menyediakan ruang yang sesuai untuk dijadikan sebagai PPV.
  5. Pihak syarikat / agensi / komuniti setempat adalah bertanggungjawab bagi sebarang kos yang terlibat dalam penyediaan ruang bersesuaian sebagai PPV.
  6. Pihak syarikat / agensi / komuniti setempat adalah dilarang untuk mengenakan sebarang bayaran kepada para pekerja / penerima vaksin yang dalam pengurusan pemberian vaksin.
  7. PPS dan NGO Kesihatan yang telah menerima kelulusan bagi melaksanakan pemberian vaksin secara Program PPV Jangkau Luar adalah wajib untuk mematuhi garis panduan pengurusan dan pemberian Vaksin COVID-19 Kementerian Kesihatan Malaysia dan ProtectHealth.
  8. Semua PPS dan NGO Kesihatan hanya akan dibayar oleh ProtectHealth setelah melengkapkan proses pemberian vaksinasi.

Turut ingin ditegaskan bahawa ProtectHealth tidak pernah melantik sebarang ejen mahupun pihak ketiga sebagai pengantara dalam proses permohonan dan kelulusan bagi pemberian vaksin secara Jangka Luar. ProtectHealth melalui PPS dan NGO penjagaan kesihatan akan terus komited membantu mengurangkan beban Kementerian Kesihatan bagi mempercepatkan dan memperluaskan capaian vaksinasi dalam Program Imunisasi COVID- 19 Kebangsaan (PICK).

Sehingga 9 Januari 2022, ProtectHealth telah berjaya menyumbang 49.5% daripada jumlah vaksinasi di seluruh Malaysia, iaitu bersamaan dengan 29,352,440 dos dalam PICK. Selain itu, ProtectHealth turut menyumbang sebanyak 72.1% daripada jumlah keseluruhan dos penggalak di seluruh Malaysia, bersamaan dengan 5,627,951 dos dalam PICK-Dos Penggalak.

Sebanyak 111 program PPV Jangkau Luar telah dijalankan dan daripada jumlah itu, sebanyak 69 PPV Jangkau Luar dikendalikan untuk pekerja di tempat kerja dan 42 untuk komuniti. Lindung Diri, Lindung Semua.

(Visited 186 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button