Politik

PRN Sabah: Parti bertanding biar beretika, pilih calon bebas skandal

SAMADA rakyat Sabah mahu mendengar, menerima ataupun mengambil iktibar daripada kenyataan yang dikeluarkan oleh bekas Lembaga Penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Robert, Phang, terpulanglah kepada mereka.

Sebagai bekas penasihat SPRM, Robert layak untuk memberikan pandangan yang berbentuk nasihat kepada 1.12 juta pengundi di Sabah yang akan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN), 26 September ini.

Menurut Robert, rakyat dan pengundi Sabah seharusnya memilih calon yang bebas daripada skandal pada PRN Sabah ke-16.

Melahirkan rasa simpati, pada hemat Robert, parti politik kedua-dua belah pihak mencalonkan individu yang berhadapan dengan pertuduhan jenayah.

Itu tidak termasuk, calon katak yang menafikan diri mereka melompat meninggalkan parti kerana parti kalah, tumbah, tidak lagi membentuk kerajaan seperti suatu ketika dahulu.

Calon katak balik negeri, tubuhkan parti baharu kerana apa? Kerana mahukan kuasa berterusan dalam tangan. The taste of power that makes you greed. Tetapi berpotengkan perjuangan untuk rakyat, kononnya.

Kata Robert, mana-mana orang biasa yang berfikiran waras dan wajar akan merasakan, lucu kerana individu yang menghadapi perbicaraan boleh pula dipilih untuk bertanding dalam pilihan raya,” kata Robert yang juga pada hari ini, adalah seorang aktivis sosial.

PAGI ini menyaksikan calon-calon yang bertanding di PRN Sabah menyerahkan borang pencalonan dan perlu akur dengan SOP ditetapkan SPR – GAMBAR SUARA MERDEKA

Robert turut mempersoalkan apakah di Sabah, tiada lagi individu yang berbakat, yang bersih dan mampu diketengahkan sebagai calon yang benar-benar boleh membantu rakyat negeri itu?

“Adakah Sabah amat kekurangan bakat sehingga tiada calon lain? Pengundi perlu menghalang calon sedemikian dengan cara tidak mengundi mereka tanpa mengira calon itu dari parti mana, dari logo mana yang mereka wakili,” tegas Robert.

Menurut pandangan Robert, 71, lagi, parti politik daripada kedua-dua belah pihak memilih beberapa calon yang sedang berhadapan dengan pertuduhan rasuah di mahkamah.

Beliau bimbang, dengan politik wang dan menggesa pihak berkuasa agar memantau keadaan ini di sepanjang kempen PRN Sabah.

“Parti juga patut bertading dengan beretika. Tidak menggunakan tempoh berkempen sebagai pelindung untuk membuat dakwaan-dakwaan yang tidak berasas.

“Tidak kiralah siapa anda atau siapakah lawan anda, jika anda mempunyai bukti sebarang salah laku, laporkan kepada pihak berkuasa,” ujar beliau.

Beliau turut mengulas dakwaan Presiden Warisan Plus, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal terhadap adik beradik Aman iaitu bekas Ketua Menteri Sabah dan bekas Menteri Luar.
Kata Robert, pengundi Sabah kini mempunyai peluang untuk memilih Wakil Rakyat atau Adun mereka.

“Sokong calon berwibawa, bukan hanya mengundi untuk parti.

“Kita sudah melihat perubahan dalam kerajaan di peringkat Persekutuan dan negeri sejak Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu.

“Orang ramai perlu sedar kuasa undi mereka, mereka boleh memilik orang baik berkuasa. Di kedua-dua pihak, ada calon baik da nada calon tidak baik.

“Undi mereka yang mempunyai rekod prestasi yang baik,” katanya dan adalah wajar, calon itu juga jujur dalam melaksanakan tugas, tanggungjawab dan amanat nanti. – SUMBER FMT – SM

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button