Nasional

Pelanduk dua serupa, rupanya kereta curi

GAMBAR dua buah kereta jenis, warna dan plat yang sama seperti yang ditularkan dalam media sosial rupanya adalah kenderaan curi.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, kenderaan pihaknya menerima maklumat berkaitan kejadian berkenaan kira-kira pukul 6.30 petang pada 13 September lalu.

“Setibanya di lokasi kita mendapati terdapat sebuah kereta jenis Mazda 6 berada dalam keadaan berkunci di kawasan letak kenderan awam.

“Hasil pemeriksaan mendapati nombor pendaftaran yang digunakan kereta tersebut adalah palsu dan dilaporkan dicuri di Beserah, Pahang,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Menurut, Mohd. Zaid, kenderaan itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bandar Baru Bangi untuk tindakan dan siasatan lanjut.

Pagi tadi tular di laman sosial pemilik sebuah kenderaan yang menemukan sebuah kereta jenis sama serta menggunakan nombor pendaftaran sama.

Menerusi status di akaun Facebook itu juga, pemilik berkenaan dikatakan mencari kereta tersebut setelah tidak tahan kerana asyik di saman di lokasi yang tidak pernah dikunjunginya. -SM

(Visited 333 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button