Politik

PRN Sabah ada ke tiada?

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Sabah mungkin diadakan ataupun tidak masih lagi tidak dapat diputuskan ekoran di bawa ke Mahkamah Rayuan.

Oleh demikian, pelaksanaan pilihan raya di negeri itu bergantung kepada keputusan Mahkamah Rayuan sama ada akan diteruskan atau sebaliknya.

Ini kerana, kedudukan Presiden Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal sebagai Ketua Menteri Sabah dipertikaikan ketika Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14) lalu.

“Nampak rumit. Sebab itu biar Mahkamah putuskan. Pertama, apakah sah perlantikan Shafie sebagai Ketua Menteri.

“Kedua, apakah pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah juga sah?

“Dalam isu pertama, Mahkamah Persekutuan pula memutuskan Yang Dipertua Sabah menggunakan kuasa yang melampaui batas apabila melantik Shafie sebagai Ketua Menteri.

“Dengan keputusan 2-1, Tan Sri Musa Aman dibenarkan untuk meneruskan kes ini ke Mahkamah Persekutuan. Bila? Apakah sebelum penamaan calon?”

Demikian kata Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi dalam kenyataannya hari ini membangkitkan teka-teki PRN Sabah.

Terdahulu Mohd. Shafie bertindak membubarkan DUN Sabah selepas hilang sokongan susulan beberapa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) lompat parti.

Gerakan tersebut dimulakan bekas Ketua Menteri, Musa Aman bagi merampas semula Kerajaan Negeri Sabah.

Bagaimanapun pewartaan yang dibuat Yang Dipertua, Tun Juhar Mahiruddin susulan pembubaran tersebut juga dipertikaikan.

Antara perkara berbangkit adalah kedudukan Mohd. Shafie sebagai Ketua Menteri selama ini juga mungkin tidak sah.

Bagaimanapun, Mohd. Puad menjelaskan, hal demikian biar mahkamah yang memutuskan sama ada sah ataupun tidak.

Namun, keputusan tersebut juga dijangka bakal memepengaruhi pelaksanaan PRN Sabah yang dijadualkan berlangsung pada 26 September nanti.

“Biar Mahkamah putuskan. Apa ada hal. UMNO pun pernah diharamkan.

“Sekurang kurangnya kita tahu apakah Shafie itu kerajaan pintu belakang atau tidak.

“Apa pun keputusan, tiket AirAsia ke KK (Kota Kinabalu) sudah dibeli. ‘Radu Tatap Radu. Radu Sampai Rata’,” ujarnya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button