Politik

PRN Melaka ‘kayu ukur’ penyatuan parti politik pra PRU15

PILIHAN Raya Negeri (PRN) Melaka dilihat sebagai ‘kayu ukur’ terhadap penyatuan parti-parti politik di negara ini sebelum menghadapi Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan datang.
Ketua Dewan Ulamak Pas Pusat, Nik Muhammad Zawawi Salleh berkata, parti itu akan memandang serius mengenai keputusan yang diberikan oleh pengundi di Melaka apabila ia diumumkan pada 20 Nov ini.
“Saya percaya rakyat akan menolak sebarang bentuk perpecahan yang boleh merugikan mereka nanti.
Semua parti yang bertanding perlu berkempen secara professional dan tidak menghentam pihak lawan sebaliknya memberi mesej berkaitan dengan penyatuan rakyat,” katanya selepas diminta mengulas mengenai perkembangan terkini situasi kempen PRN Melaka.
Terdahulu, beliau yang merupakan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Makanan II menyampaikan bantuan sekali beri dan bakul makanan kepada 70 pemandu kereta sewa di Pejabat Kereta Sewa Taman Mahkota, di sini, hari ini.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh mengundi bagi PRN Melaka pada 20 Nov depan dan undi awal (16 Nov), ekoran pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) pada 4 Okt lepas, susulan empat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) menarik sokongan terhadap kepimpinan ketua menteri.- BERNAMA
(Visited 75 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button