Politik

PRN Johor: Parti MUDA oh duit tak ada

TAK kan nak macam BN (Barisan Nasional). Kalau macam BN, kleptorasi, rasuah, nama pemimpin diratib setiap hari. Jadilah parti sendiri dan tak perlu bandingkan dengan BN.

Kasihan pada parti MUDA pimpinan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang bukan sahaja perlu cakna dalam pengurusan wang tetapi disebabkan kekangan kewangan mengehadkan pergerakan parti itu.

Dah tau tidak mempunyai kewangan yang kukuh, buatlah cara tak ada duit.

Memang betullah kalau tiada kewangan yang kukuh, nak berkempen secara fizikal, kata anak muda zaman sekarang, kenalah agak-agak.

Letak calon bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor kena letak wang deposit. Kalau seseorang calon tu kalah, rasanya deposit yang diletakkan pun hangus.

Bijak tindakan parti MUDA kalau berfikiran meletakkan poster, bunting dan bendera di tempat-tempat yang dirasakan strategik.

Strategik di sini membawa maksud, boleh menang, pasti menang pada PRN Johor, 12 Mac ini.

Kempen pun dah boleh bermula tetapi dengan pematuhan SOP yang telah ditetapkan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Ingat, jangan ghairah dan langgar SOP sebab bukan semua bernasib baik saman atau kompaun yang dikeluarkan, boleh dibatalkan… melainkan didapati tidak bersalah melanggar SOP.

Orang muda, parti MUDAmemang terer bab-bab penggunaan media sosial, Tidak hairanlah jika medium ini menjadi gelanggang utama untuk meluaskan capaian calon kepada para pengundi Bangsa Johor di luar sana.

Untuk rekod kesekian kalinya, PRN Johor ini, calon dari parti MUDA bertanding di tujuh kerusi Dewan Undangan Negeri.

7 kerusi DUN adalah seperti berikut:
-Tenang

-Parit Raja

-Machap

-Larkin

-Puteri Wangsa

-Bukit Permai

-Bukit Kepong

Naib Presiden parti MUDA, Zaidel Baharuddin berkata, kempen media sosial yang semakin sinonim sejak pandemik Covid-19 berupaya memberi sentuhan tersendiri dalam kalangan pengundi.

Buktinya, video pendek 60 saat yang sering dijadikan bahan kempen MUDA untuk disebarkan di pelbagai saluran media sosial berjaya mencetuskan impak positif.

Sekarang hampir semua tempat ada internet dan orang ramai pun mempunyai telefon pintar, katanya.

Justeru capaian bersandarkan kempen media sosial ini sangat luas.

“Bendera ini penting tetapi harus kita ingat bahawa ia bukan penanda aras mengenai penerimaan pengundi kepada parti tertentu.

“Walaupun setiap tiang lampu mempunyai bendera parti, tidak semestinya ia melambangkan satu undi atau penerimaan penduduk,” katanya. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button