Politik

Presiden UMNO ucap tahniah kepada Muhyiddin

Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana berjaya mengumumkan barisan jemaah menteri.

Presiden UMNO itu berkata, UMNO mengambil kira suara akar umbi dan keperluan Perikatan Nasional untuk memulihkan keyakinan rakyat terhadap kerajaan ekoran ‘trust deficit’ atau defisit kepercayaan oleh Pakatan Harapan sebelum ini.

“Kami memberi sokongan yang tidak berbelah-bahagi kepada kepimpinan YAB Tan Sri Muhyiddin sebagai Perdana Menteri menerusi kerajaan yang baharu sahaja ditubuhkan,” katanya.

Dalam pada itu Zahid menegaskan lagi bahawa beliau menolak jawatan Kabinet agar dapat fokus mempersiapkan parti menghadapi PRU ke-15.

“Saya akan membersihkan diri saya di mahkamah dan pertuduhan-pertuduhan terhadap saya tidak digugurkan sebagaimana yang pernah dilakukan oleh Peguam Negara terdahulu terhadap pemimpin-pemimpin kerajaan sebelum ini.

“Insya-Allah, saya berdoa agar mahkamah membuat keputusan yang terbaik untuk saya.

“Saya mahu mahkamah menentukan keputusannya walaupun ini adalah pendakwaan politik dan pendakwaan terpilih,” katanya.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button