Politik

PSAP sokong Kabinet baharu PN

Presiden Pertubuhan Suara Anak Pahang (PSAP), Haslihelmy DM Zulhasli  mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kerana membuat pilihan dan keputusan yang terbaik demi negara.

Ini kerana, kata beliau, barisan Kabinet baharu yang dilantik itu menggabungkan pelbagai pengalaman dan kepakaran untuk mengemudi negara dalam proses transformasi yang dilakukan.

Katanya, setelah apa yang berlaku kepada ekonomi dan politik negara di bawah kerajaan pimpinan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini, kini era pimpinan Kabinet baharu PN untuk memulihkannya.

“Buktikan kerajaan baharu ini adalah lebih baik daripada PH terutama dalam melonjakkan ekonomi negara dan membela nasib rakyat.

“PSAP yakin kabinet baharu ini berupaya melonjakkan lagi prestasi dan keupayaan negara dalam menghadapi cabaran masa hadapan,” katanya.

Jika dilihat, ujar beliau, bukan sahaja tokoh korporat yang dilantik bagi mengetahui Kementerian Kewangan, malah bekas mufti turut diberikan peranan untuk menjaga hal ehwal agama di negara ini.

Pembentukan Kabinet baharu kali ini, katanya, benar-benar menunjukkan bahawa ianya ialah Malaysia Baharu yang sebenar apabila gabungan korporat dan teknokrat serta ahli politik yang berpengalaman serta melepasi tapisan SPRM dan PDRM.

Bagi PSAP, jelas beliau, gabungan Kabinet baharu PN itu adalah yang terbaik untuk mengemudi negara tercinta ini.

“Lupakan apa yang berlaku sebelum ini, kini masanya untuk PN dan Kabinet baharu yang dilantik untuk fokus kepada memulihkan ekonomi negara.

“Apa yang penting ketika ini adalah, fokus ke arah mencapai Wawasan Kemakmuran Bersama 2030,” katanya.

Dalam masa yang sama, ujar beliau, PSAP mengucapkan tahniah kepada Ahli Parlimen Bera, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang dilantik menteri kanan iaitu sebagai Menteri Pertahanan.

“Tahniah juga diucapkan kepada Ahli Parlimen Indera Mahkota, Datuk Seri Saifuddin Abdullah yang dilantik Menteri Komunikasi dan Multimedia.

“Ucapan tahniah juga kepada Ahli Parlimen Paya Besar, Mohd. Shahar Abdullah (Timbalan Menteri Kewangan), Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Seri Ismail Mohamed Said (Timbalan Menteri Dalam Negeri) dan Ahli Parlimen Maran, Datuk Seri Ismail Abdul Muttalib yang dilantik sebagai Timbalan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

“Semoga Kabinet baharu PN ini akan melonjak dan membawa negara mencapai negara maju.

“Selamat menjalankan tugas dan berkhidmat dengan baik kepada semua yang dilantik. Tahniah,” katanya.

 

(Visited 223 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button