Ekonomi

Prasarana lancar inisiatif bantuk kontraktor bumiputera G1

MENYAHUT seruan kerajaan untuk membantu merangsang ekonomi di kala ancaman pandemik COVID-19, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) menganjurkan satu inisiatif khas untuk membantu kontraktor tempatan dengan mengadakan majlis cabutan undi untuk pakej bernilai RM5 juta secara keseluruhan untuk 50 projek berskala kecil.

Diadakan di Dewan Utama, Kompleks Rapid Bus Cheras Selatan dekat sini, majlis cabutan undi dibuat secara terbuka dengan disaksikan sendiri oleh Pengerusi Kumpulan Prasarana, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman dan Ketua Pegawai Operasi Kumpulan, Datin Norlia Noah bersama-sama dengan para pegawai dari Jabatan Audit dan Jabatan Integriti Prasarana serta Persatuan Kontraktor Melayu Malaysia (PKMM).

Tergolong dalam lapan bidang, kerja-kerja yang terlibat adalah mengecat di stesen-stesen LRT Aliran Kelana Jaya; penggantian lampu LED dan kerja-kerja berkaitan di stesen-stesen monorel; menggantikan kipas dan memasang bangku di stesen-stesen LRT Aliran Ampang; menggantikan talang bumbung di stesen-stesen LRT Aliran Ampang dan di Depoh Ampang; menambahbaik kemudahan parkir motosikal dan basikal di stesen-stesen LRT Aliran Ampang; menggantikan pagar dengan ‘anti climbing fence’ bagi ‘Traction Power Sub Station’ Stesen LRT Taman Paramount.

Berucap pada majlis berkenaan, Tajuddin berharap inisiatif yang diambil oleh Kumpulan Prasarana itu akan dapat membantu kontraktor-kontraktor kategori G1 ini untuk bangkit dan terus bertahan dalam keadaan ekonomi yang mencabar pada masa sekarang.

“Prasarana amat prihatin terhadap kesukaran yang dihadapi oleh rakyat Malaysia ekoran penularan wabak COVID-19 dan arahan Perintah Kawalan Pergerakan, yang menjejas teruk pertumbuhan ekonomi dan aktiviti-aktiviti komersial di negara ini termasuk kerja-kerja untuk golongan kontraktor-kontraktor kecil khususnya di kalangan Bumiputera.

“Menyahut seruan Kerajaan melalui Pelan Pemulihan Ekonomi Nasional yang diumumkan Kerajaan, pihak pengurusan Kumpulan Prasarana bersetuju untuk mewujudkan pakej rangsangan ini.

Dalam melaksanakan inisiatif ini, Jabatan Perolehan Kumpulan Prasarana bekerjasama rapat dengan CIDB dan PKMM untuk pemilihan kontraktor-kontraktor yang benar-benar layak di samping pemantauan rapi daripada Jabatan Audit dan Jabatan Integriti Kumpulan Prasarana,” kata Dato’ Sri Tajuddin.

Untuk projek-projek yang disenaraikan, kontraktor yang layak memohon adalah yang berdaftar dengan CIDB and Prasarana dan juga mendaftar dengan Bahagian Pembangunan Kontraktor dan Usahawan (BPKU) dan Pusat Khidmat Kontraktor (PKK), memiliki Sijil Taraf Bumiputera yang sah dan Sijil Perolehan Kerja Kerajaan. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button