Ekonomi

PPN gambaran jelas jalan keluar kemelut pandemik – Aria Putera

SME Bank, sebuah agensi yang diselia oleh Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi serta diberi mandat untuk membimbing dan membangunkan sektor PKS negara menyokong penuh Pelan Pemulihan Negara (PPN) yang diumumkan oleh Perdana Menteri.

Presiden Kumpulan/Ketua Pegawai Eksekutif SME Bank, Aria Putera Ismail berkata, “Pelan Pemulihan Negara yang diumumkan oleh Perdana Menteri memberi gambaran yang jelas bagaimana negara akan bergerak keluar daripada kemelut pandemik COVID-19 dan usaha membangunkan semula ekonomi akan dilakukan. Yang terpenting, semua pihak perlu bekerjasama memastikan Pelan Pemulihan Negara ini berjaya mencapai matlamatnya.

Aria menambah, “SME Bank akan menggunakan butiran yang diberikan oleh Kerajaan untuk memantapkan lagi perancangan yang sedia ada untuk membantu usahawan PKS yang telah lama terjejas kerana pandemik COVID-19. Sejak PKP yang pertama sehingga sekarang, SME Bank telah menawarkan pelbagai bentuk bantuan kepada semua pelanggannya.”

Secara keseluruhannya, sektor perbankan negara terus komited untuk membantu usahawan mengekal dan mengembangkan perniagaan masing-masing di waktu sukar ini. Ini adalah kerana kelangsungan perniagaan mereka akan mempengaruhi prestasi industri perbankan negara. Setiap permohonan untuk bantuan kewangan ataupun pembangunan perniagaan akan diberi pertimbangan yang terbaik mengikut garis panduan dan polisi yang sedia ada.

Kepada masyarakat secara umumnya, bantuan berkenaan pengurusan kewangan boleh diperoleh secara profesional dan percuma melalui perkhidmatan yang disediakan oleh AKPK di bawah seliaan Bank Negara Malaysia.

Untuk pelanggan SME Bank dan usahawan-usahawan PKS, anda boleh menghubungi Pusat Khidmat Pelanggan SME Bank di 03-26037700 atau layari laman web rasmi www.smebank.com.my ataupun platform media sosial rasmi Bank untuk mendapatkan maklumat lanjut bagaimana SME Bank dapat membantu anda.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button