Nasional

8 lelaki dikompaun kerana lakukan aktiviti persilatan

LAPAN lelaki dikompaun dengan jumlah keseluruhan berjumlah RM12,000 kerana gagal mematuhi prosedur operasi standard (SOP) di Bandar Utama, Petaling Jaya tengah malam tadi.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, pemeriksaan dilakukan di sebuah rumah kira-kira pukul 12.10 malam tadi.

“Pemeriksaan di ruangan tingkat atas rumah tersebut mendapati sekumpulan individu sedang menjalankan aktiviti latihan persilatan tanpa mematuhi SOP.

“Kita telah mengeluarkan kompuan berjumlah RM1,500 kepada lapan individu yang berusia lingkungan 26 hingga 51 tahun,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa patuh pada Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 bagi mengelak dikenakan kompuan atau ditahan. -SM

(Visited 107 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button