Nasional

Suntikan vaksin kunci utama kejayaan Pelan Pemulihan Negara

USAHA memupuk kesegeraan suntikan vaksin Covid-19 kepada rakyat Malaysia menjadi kunci utama kepada Pelan Pemulihan Negara.

Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara berpandangan kesegeraan suntikan vaksin Covid-19 boleh menjadi petunjuk paling utama terhadap kemungkinan Pelan Pemulihan Negara boleh dicapai sepenuhnya lebih awal berbanding seperti yang dirancang.

Pengerusi Kaukus Kesejahteraan Rakyat Dewan Negara Senator Datuk Razali Idris berkata, pelaksanaan kesegeraan suntikan vaksin perlu dilaksanakan secara tuntas dan benar-benar meliputi keseluruhan kawasan bandar, pinggir bandar, kampung, desa dan pedalaman dalam tempoh yang pendek.

“Tidak perlu lagi membuang masa andainya mahu Malaysia bebas pandemik Covid-19 menjelang akhir tahun ini.

“Gerakkan segala mobiliti, tenaga kerja dan logistik kesihatan awam termasuk memohon bantuan sokongan daripada Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Polis DiRaja Malaysia (PDRM) serta anggota Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APAM), Askar Wataniah, Persekutuan Pengakap Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC), sektor swasta serta seluruh sukarelawan rakyat Malaysia,” katanya.


Beliau turut mencadangkan agar semangat Malaysia Boleh diterapkan dalam menjayakan Pelan Pemulihan Negara.

Razali yakin, tahap populasi yang dilindungi secara agresif melalui vaksin secara langsung turut mempengaruhi kesan pengurangan bilangan kes jangkitan harian serta kadar penggunaan katil di wad unit rawatan rapi (ICU).

“Justeru, ayuh seluruh rakyat Malaysia bersama kerajaan Perikatan Nasional (PN) memastikan Malaysia bebas COVID-19 seperti sebahagian negara di Kesatuan Eropah, Brunei, Australia dan New Zealand yang sudah menikmati dan menghampiri bebas COVID-19,” kata Razali.-SM

 

 

(Visited 32 times, 1 visits today)

Show More

KHAIRULANUAR YAHAYA

Khairulanuar mempunyai pengalaman sebagai wartawan di Karangkraf, Bernama TV dan terakhir di Utusan Malaysia. Pernah membuat liputan kemanusiaan di Gaza, Pakistan, Jepun, Somalia, Lubnan dan Syria. 'Kehilangan' jurukamera, Noramfaizul ketika sama-sama bertugas di Somalia sesuatu yang tidak pernah beliau lupakan.

Related Articles

Back to top button