Hiburan

Pondok kecil di pinggir hutan Batu 12 Gombak, syurga To’ki dan isteri

SEJAK lebih setahun lalu, penyanyi tanah air yang menggunakan nama pentas dan popular sebagai To’ki bersama isterinya, Sharifah Fairuz Syed Yusof, 48, tinggal di sebuah pondok kecil serba daif yang terletak di pinggir hutan di Batu 12 Gombak, Selangor.

Tidak pernah mengeluh jauh sekali menyesal dengan ketentuan ilahi, pelantun lagu berjudul Biasan dan Seni Berzaman yang kini berusia 53 tahun itu tetap bersyukur kerana masih memiliki tempat berlindung.

 

To’ki dalam temubual bersama wartawan ASTRO AWANI berkata, sebenarnya pondok yang didiaminya itu dibina sendiri, tiga tahun lalu

“Walaupun nampak keadaannya macam ini, serba kekurangan tetapi saya merasa damai tinggal di sini bersama isteri,” kata To’ki yang sebenarnya tidak gemar berkongsi kisah atau cerita kehidupan peribadinya dengan khalayak di luar sana.

Related Articles

Kata To’ki atau pemilik nama sebenar, Mohd Zaki Mansur, biar apa sekalipun persepsi masyarakat terhadap kehidupan serba kekurangan, baginya di teratak kecil ini umpama ‘syurga’ buat dia dan isteri.

Tanpa ada infrastruktur seperti bekalan air bersih dan elektrik, pondok kecil tempat suami isteri ini berteduh amat bermakna buat To’ki kerana ia bukan sahaja dibina hasil kerja tangannya sendiri tetapi menjadi tempat baginya mencari ilham dalam berkarya.

Sekalipun menyedari keadaan industri muzik tanah air yang dihujani dengan penyanyi dan pengkarya muda sehinggakan nama To’ki seperti ditelan zaman, aspirasi To’ki dalam berkarya tidak pernah pudar.

Beliau berazam untuk kembali bangkit memperkasakan namanya, To’ki dalam arena seni muzik tanah air walapun harus berhadapan dengan pelbagai cabaran.

Berkarya menerusi nota-nota muzik dan bait-bait lirik satu-satunya kerja yang mampu dilakukan To’ki dan hari ini, beliau akui, punca pendapatannya sangat terbatas. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button