Nasionalpilihan

Polis tembak mati dua lelaki di Tanjung Malim

POLIS menembak mati dua lelaki dalan kejadian berbalas tembak di hentian rehat Tanjung Malim di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) malam tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, dua sepasukan pegawai dari bahagian siasatan jenayah Bukit Aman dan rakan mereka dari ibu pejabat polis Perak telah mengekori sebuah kereta yang mencurigakan.

“Apabila suspek menyedari diekori, mereka cuba melarikan diri dan ke Lebuhraya Utara-Selatan, menuju ke utara,” katanya dalam satu kenyataan.

Polis mengejar lelaki itu sehingga sampai ke hentian rehat Tanjung Malim dan berjaya memberhentikan kereta mereka.

“Ketika kejadian, suspek melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis. Polis membalas tembakan sehingga keadaan selamat,” katanya.

Kedua-dua lelaki itu ditemui mati di dalam kereta.

Hussein berkata, seorang daripada suspek mempunyai rekod jenayah bagi 23 kesalahan, manakala seorang lagi masih dikenal pasti.

Beliau berkata polis sedang mengesan enam lagi suspek.

Kes disiasat mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh dan Seksyen 8 Akta Senjata Api (Penalti Bertambah) 1971 kerana memiliki senjata api yang menyalahi undang-undang. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button