Jenayah

Polis tahan pemandu lori bagi bantu siastan kes ugutan terhadap pempegaruh media sosial kerana kematian

SEORANG pemandu lori yang ditahan semalam kerana disyaki terbabit dalam kes ugutan melalui aplikasi
TikTok terhadap pempengaruh media sosial A. Rajeswary, 30, atau lebih dikenali Esha di reman empat
hari mulai hari ini.

Menurut Bernama, Ketua Polis Daerah Sentul, ACP Ahmad Sukarno Mohd Zahari berkata suspek lelaki warga tempatan berusia 44 tahun itu ditahan pada jam 6.30 petang semalam di sekitar Setapak.

“Suspek direman selama empat hari bermula hari ini sehingga Ahad ini dan kes disiasat mengikut Seksyen
506 Kanun Keseksaan, Seksyen (ugutan jenayah) 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (menyebarkan kenyataan jelik) serta Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil (kelakukan aib).

Sebelum ini media melaporkan seorang wanita berusia 35 tahun ditahan bagi membantu siasatan berhubung kes sama di sebuah kelab golf di Rawang, Selangor pada Isnin lepas.

Ahmad Sukarno berkata tempoh reman suspek wanita itu tamat pada Rabu lalu dan kini dilanjutkan dua hari lagi.
Media sebelum ini melaporkan Esha ditemui meninggal dunia di sebuah unit kediaman di sebuah kondominium di Setapak pada Jumaat lalu sehari selepas membuat satu laporan polis di Balai Polis Dang Wangi di sini berhubung buli siber yang dihadapinya.

Artikle Berkaitan :>

Khairul Aming titip pesanan buat anak muda jika mahu ‘content creator’

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button