NasionalpilihanUncategorized

Polis siasat video ‘prank’ nak lempang orang

POLIS  menyiasat satu video tular memaparkan tindakan seorang lelaki yang melakukan video ‘prank’ mahu melempang orang.

Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar berkata, pihaknya mengesan video berkenaan menerusi Facebook pada petang semalam.

“Video berdurasi 29 saat ini didapati telah tular di laman sosial facebook kerana memaparkan tindakan seorang lelaki mahu mencederakan orang awam ketika sedang menaiki eskalator di sebuah pusat membeli-belah di Kuala Lumpur.

“Walau bagaimanapun, tarikh dan masa kejadian sebenar video ini dirakamkan tidak dapat dipastikan buat masa ini,” katanya.

Menurut Anuar, orang awam dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan video tular ini sehingga pihaknya selesai menjalankan siasatan.

Jelasnya, mangsa atau mana-mana saksi awam yang mempunyai maklumat berkaitan video ini dikehendaki hadir memberi keterangan.

Tambahnya, sebarang perlanggaran yang menyalahi peruntukkan undang-undang
boleh dikenakan tindakan.

Maklumat lain berkaitan jenayah hendaklah disalurkan melalui Hotline Polis Brickfields
di talian 03-2297 9222, Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-
mana Balai Polis yang berdekatan. -SM

(Visited 406 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button