Nasional

Polis siasat kes video tular libatkan dua penunggang motosikal

Polis sedang menyiasat sebuah rakaman pergaduhan melibatkan dua penunggang motosikal yang tular di laman sosial sejak semalam.

Video berdurasi lebih seminit itu mendapat kecaman netizen yang menganggap pergaduhan itu ibarat mahu menunjukkan siapa yang hebat.

Melalui rakaman tersebut, seorang penunggang motosikal didapati hampir berlanggar dengan sebuah motosikal yang datang dari arah yang bertentangan.

Kejadian tersebut telah menyebabkan pergaduhan mulut antara kedua pihak hingga terjadinya tolak-menolak antara satu sama lain dan menyebabkan anak serta isteri seorang daripada penunggang lain itu terjatuh.

BACA> Kacang bulu jana pendapatan RM10,000

Ketua Polis Daerah Wangsa Maju, Superintenden Rajab Ahad Ismail berkata, hasil penelitian mendapati kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi.

“Kejadian dipercayai berlaku di hadapan Masjid Khalid Al Walid, Jalan Padang Tembak, Dato Keramat, Kuala Lumpur.

“Kita sedang menyiasat punca serta sebab kejadian dan sehingga kini, hanya satu pihak saja yang tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambahnya, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kejadian boleh menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis berhampiran. -SM

cURL error 6: Could not resolve host: www.googleapis.com

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button