Negeri

Kacang bulu jana pendapatan RM10,000

Kacang bulu berasal dari Jepun

PERNAHKAH anda mendengar nama kacang bulu? Rasanya dalam kalangan kita, hanya mengenali kacang ‘peas’. Kacang bulu atau lebih dikenali sebagai ‘Edamame’ sebenarnya tidak kurang popular dan digemari oleh masyarakat negara kita.

Walaupun ia bukanlah tanaman yang sinonim dengan usahawan tani di Terengganu namun penanaman kacang bulu ini dilihat berpotensi menjadi ‘lubuk emas’ kerana permintaan yang sangat tinggi ketika ini.

Teratak Anggerik: Khasiat Kacang Bulu

BERNAMA melaporkan, tanaman itu berasal dari Jepun dan ia sangat terkenal sebagai hidangan snek lazat yang terdapat di restoran-restoran negara matahari terbit itu serta rangkaian kedai 24 jam (7-Eleven) kerana keunikan rasanya yang rangup dan berlemak.

Seorang usahawan tani kacang bulu, Muhammad Fahmi Ismail, 27, berkata, beliau memulakan projek tanaman kacang bulu pada tahun 2016 kerana menyedari potensinya yang sangat besar untuk dijadikan sumber pendapatan sampingan.

“Kacang bulu sangat mudah ditanam kerana ia tidak mempunyai rutin penjagaan yang rumit malah tiada serangga yang menyerang tanaman itu membuatkan proses menanamnya sangat mudah.

“Harga kacang bulu mentah di ladang ketika ini ialah RM10 sekilogram dan harga kacang bulu mampu mencecah RM15 jika di pasaran luar,” katanya.

Beliau mengakui memperoleh jualan hampir RM10,000 untuk satu tan hasil kacang bulu yang ditanam dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac lalu.

Kesungguhan bapa kepada tiga anak itu dalam mengusahakan tanaman kacang bulu mendapat perhatian Jabatan Pertanian Negeri Terengganu yang memberinya bantuan bernilai RM10,000, melalui program Geran Agropreneur Muda pada tahun 2018.

Muhammad Fahmi berkata, melalui program itu, beliau menerima beberapa peralatan antaranya mesin rumput, mesin penggembur tanah untuk proses membajak dan pelbagai jenis baja untuk digunakan di kebun miliknya seluas 0.4 hektar di Wakaf Mempelam.

Biarpun mempunyai pekerjaan tetap sebagai jurujual kereta terpakai di kedai milik abangnya, Muhammad Fahmi tidak menghadapi kesukaran untuk mengusahakan kacang bulu.

Ini kerana beliau turut mengupah lima pekerja sambilan untuk proses tertentu seperti mencabut akar pokok dan menggunting kacang bulu yang telah matang. – SM

(Visited 1,740 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button