Jenayah

Polis sambung reman ibu bapa Zayn Rayyan

BERHUBUNG kes terkini kanak-kanak autism, Zayn Rayyan Abdul Matiin pihak polis akan menyambung reman ibu bapanya esok bagi membantu siasatabn pembunuhan mangsa.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pihaknya akan menyambung reman esok selepas tempoh tamat esok.

‘’Esok kita akan pohon untuk menyambung reman,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan ibu bapa Zayn Rayyan ditahan dan direman tujuh hari hingga 7 Jun ini bagi membantu siasatan pembunuhan kanak-kanak autistik itu.

Kedua-dua pasangan berusia 28 tahun itu direman bagi siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang mana sebelum itu mereka ditahan di sekitar Puncak Alam.

Pada 7 Disember lalu, Zayn Rayyan ditemui meninggal dunia di anak sungai, berhampiran kawasan Apartment Idaman, Damansara Damai sekitar pukul 10 malam.

 

Mayat mangsa ditemui oleh kumpulan penduduk kira-kira 200 meter dari blok kediamannya.

Artikle Berkaitan :>

Atuk Zayn Rayyan sudah lantik peguam baru

Peguam Mahmud tidak lagi wakil kes ibu bapa Zayn Rayyan

Polis sahkan kematian adik Zyn Rayyan dibunuh

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button