Berita

Polis rakam keterangan Latheefa bantu siasatan rakaman perbualan

Sepasukan polis hari ini berada di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dipercayai bagi mengambil keterangan Ketua Pesuruhjaya SPRM Latheefa Koya bagi membantu siasatan berhubung rakaman perbualan yang didedahkan suruhanjaya itu.

Seramai 10 pegawai dari Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bukit Aman tiba di ibu pejabat SPRM kira-kira pukul 2.30 petang. Mereka tiba dalam empat kereta Proton Preve berasingan.

Difahamkan, mereka akan merakamkan keterangan Latheefa bagi membantu siasatan selepas SPRM pada 8 Januari lepas, mendedahkan sembilan rakaman audio perbualan berdurasi 45 minit, yang berlaku 5 Jan hingga 29 Julai 2016, antaranya dipercayai melibatkan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ketua Polis Negara Tan Sri Abdul Hamid Bador dilaporkan berkata pihaknya telah menerima kesemua sembilan set rakaman yang didakwa konspirasi jenayah peringkat tertinggi dipercayai melibatkan Najib dan beberapa individu lain itu.

— BERNAMA

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button