Berita

Maqis Selangor rampas 11,339 kilogram daging babi dari Sepanyol

SHAH ALAM, 16 Jan — Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor merampas 11,339 kilogram daging babi dianggarkan bernilai RM552,752, dalam satu operasi di pintu masuk Pelabuhan Barat, Pelabuhan Klang dekat sini, pada 8 Jan lepas.

Pengarahnya Dr Tarmisal Alimin berkata, rampasan daging babi yang dibawa masuk melalui sebuah kontena dari Sepanyol itu, dilakukan sekitar pukul 10 pagi hasil pemeriksaan sepasukan pegawai penguatkuasa MAQIS.

“Daging babi import itu dirampas kerana didapati tidak mematuhi syarat, melibatkan aspek pembungkusan seperti ditetapkan dalam permit import, dan tidak menepati ciri-ciri kebersihan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini hari ini.

Tarmisal berkata, pengimport yang gagal mematuhi syarat permit import boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 (Akta 728) dan boleh didenda sehingga RM100,000 atau penjara tidak melebihi enam tahun atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Beliau menegaskan, pihaknya sentiasa teliti dalam menjalankan pemeriksaan, bagi memastikan setiap kemasukan barang dagangan ke negara ini adalah selamat dan berkualiti.

— BERNAMA

(Visited 212 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button