Nasional

Dr. Mahathir mulakan tugas Menteri Pendidikan

PERDANA Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memulakan tugas sebagai Menteri Pendidikan yang baharu hari ini.

Beliau yang memangku tugas tersebut selepas Dr. Maszlee meletakkan jawatan pada 2 Januari lalu memasuki bangunan kementerian kira-kira pukul 2.40 petang.

Dr. Mahathir disambut Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Datuk Dr Mohd Gazali Abas serta pengurusan tertinggi kementerian.

Mohd Gazali kemudiannya memberikan penerangan ringkas kepada Dr Mahathir di tingkat 18 dan kemudian Dr Mahathir dibawa ke tingkat 17 bagi menghadiri taklimat bersama pihak pengurusan tertinggi kementerian.

Dr. Mahathir pernah menyandang jawatan Menteri Pendidikan pada 1974 sehingga 1978 sewaktu pentadbiran Tun Abdul Razak Hussein dan Tun Hussein Onn selaku Perdana Menteri.-SM

(Visited 81 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button