Nasional

Polis pengiring PM terjatuh atas jalan raya

DEMI tugas. Salah seorang Polis Pengiring Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob terjatuh dari motosikal yang ditunggangnya semalam. Kemungkinan beliau terjatuh kerana jalan raya yang licin ekoran hujan lebat.

SUARA MERDEKA difahamkan, kejadian itu berlaku di Benut, Pontian. Bagaimanapun, anggota berkenaan tidak mengalami kecederaan.

Itulah pengorbanan Polis Pengiring dalam menjalankan tugas mereka. Mungkin nampak remeh di mata tetapi sebenarnya, mereka bersabung nyawa atas jalan raya bagi memastikan kelancaran perjalanan seorang perdana menteri menuju ke destinasi.

Ismail Sabri dirakamkan turut melangkah keluar dari kenderaannya untuk melihat keadaan anggota polis berkenaan.

Semalam, Perdana Menteri Ismail Sabri datang ke Johor Bahru, Johor bagi menyempurnakan majlis Aspirasi Jelajah Keluarga Malaysia bertempat di Dataran Plaza Angsana. – SM

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button