BeritaPendidikan

KKNC USIM pilih UPSI Adventure Park jalani program kukuh ukhwah

Kolej Kediaman Nilam Court, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) melaksanakan program pengujuhan ukhwah pada 3 hingga 5 Mac lalu yang melibatkan kakitangan pengurusan kolej dan jawatankuasa kolej kediaman mahasiswa (JAKSA) di UPSI Adventure Park.

Program yang di kendalikan oleh Adventure Leadership & Outdoor Recreation Academy (AURORA) UPSI itu melibatkan seramai 15 orang yang terdiri dari pengetua, kakitangan kolej dan jawatankuasa mahasiswa kolej.

Program yang memfokuskan pembinaan ukhwah tersebut menekankan nilai-nilai kerjasama, kepimpinan dan keperihatinan melalui aktiviti cabaran tali tinggi yang merangkumi zipline, abseiling, wall climbing dan high element. Selain itu, aktiviti kayak dan keyakinan di air turut dijalankan bagi memupuk semangat yakin diri diantara kakitangan KKNC.

Pengetua Kolej Kediaman Nilam Court, Dr Syaza Azhari menjelaskan aktiviti di UPSI Adventure Park amat mencabar dan seronok mendampingi keindahan alam semulajadi berlatar belakangkan Banjaran Titiwangsa. Hasil daripada program ini mereka lebih mengenali kakitangan dan ahli JAKSA dengan lebih mendalam.

Menurut beliau, program bersama pengurusan kolej kediaman nilam court ini dilaksanakan selepas Covid-19 melanda dunia yang menyebabkan banyak aktiviti terpaksa dibatalkan. Program di UPSI juga adalah penghargaan kepada semua kakitangan yang membanting tulang semasa negara melanda Covid- 19.

Pengarah Pusat Kokurikulum UPSI, Dr Mazuki Mohd Yasim berkata, beliau berasa gembira kerana KKNC merupakan wakil pertama dari kalangan Universiti Awam (UA) yang datang mengadakan aktiviti di UPSI bagi tahun 2022.

Para peserta berjaya melaksanakan aktiviti berkayak di Tasik UPSI Adventure Park ( Foto Ihsan UPSI)

Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Akademik dan Alumni, Prof Madya Dr Norkhalid Salimin merakamkan penghargaan kepada pengurusan Kolej Kediaman Nilam Court yang menggunakan khidmat kepakaran UPSI.

Katanya, kepakaran kakitangan UPSI dalam merangka dan menjalankan periundingan berbentuk pengukuhan pasukan sentiasa terbuka kepada semua sama ada sektor awam mahupun swasta.

Naib Canselor UPSI Prof Dato’ Dr Md Amin Md Taff berkata, UPSI mensasarkan AURORA menjadi pusat kecemerlangan dan rujukan negara pada masa akan datang dalam bidang rekreasi luar dan pendidikan luar.

UPSI, katanya, menghidangkan panorama menarik berlatarbelakang Banjaran Titiwangsa.

(Visited 876 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button