Nasional

Polis laksana kawalan pergerakan antara negeri mulai tengah malam ini

KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador memaklumkan polis akan menyekat pergerakan dari negeri ke negeri bagi mengelak penularan COVID-19.

Kata Hamid, mereka yang terbabit perlu memaklumkan kepada balai polis dan mengisi borang disediakan sebelum dibenarkan bergerak ke negeri lain.

“Polis akan memberi dokumen khas bagi membolehkan pergerakan dibuat,” katanya pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau juga menasihatkan orang ramai supaya mematuhi perintah kawalan dan jangan gunakan kesempatan cuti untuk pergi bersiar-siar dan beriadah ke pusat peranginan.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Borhan Abu Samah

Ketua Pengarang Suara Merdeka. Menjadi wartawan sejak 1993 dan pernah bertugas sebagai Pengarang Berita di Utusan Malaysia dan Utusan Malaysia 2.0. Koresponden Utusan Luar Negara di Jakarta. Pernah bertugas sebagai Ketua Biro Utusan Malaysia di Sarawak.

Related Articles

Back to top button