JenayahNasionalUncategorized

Polis jalankan siasatan berhubung Jalur Gemilang dikibar bersama bendera Israel

POLIS  menerima laporan berkaitan satu rakaman video lagu Negaraku yang dinyanyikan oleh beberapa individu dengan Jalur Gemilang dikibarkan bersama bendera Israel, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ,Superintendan Ku Mashariman Ku Mahmood berkata, pihaknya menerima laporan itu pada pukul 11.20 malam daripada seorang lelaki tempatan yang memaklumkan melihat rakaman video berdurasi 47 saat  menerusi kumpulan Whatsapp.

“Siasatan awal mendapati kejadian itu berlaku pada September lalu ketika sekumpulan individu tempatan mengadakan lawatan ke sebuah negara bersama dengan agensi pelancongan.

“Satu kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 8 Akta Lagu Kebangsaan 1968 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1988,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau menasihatkan orang ramai supaya tidak mengeluarkan sebarang kenyataan dan menyebarkan apa-apa bahan di mana-mana platform.


“Ia bagi mengelakkan sebarang spekulasi dan provokasi sehingga menjejaskan siasatan pihak polis serta menggugat ketenteraman awam,” katanya.

Rakaman video itu dipercayai diambil semasa lawatan kumpulan individu berkenaan ke Laut Galilee yang terletak di dalam kawasan jajahan Israel.

Terdapat beberapa pautan turut dikesan membabitkan perkongsian video itu di media sosial lain. – SM

(Visited 115 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button