
Polis buru dua lagi penyenayah, selepas tembak tiga mati
KUALA LUMPUR: Polis memburu dua rakan sejenayah kepada tiga warga asing yang ditembak mati selepas menyerang polis di Desa Vista, Sepang, Selangor, kelmarin.
Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, berkata setakat ini, tiada tangkapan baharu dibuat dan usaha mengesan suspek sedang giat dijalankan.
“Dua lagi saki-baki penjenayah yang masih bebas sedang diburu polis.
“Kes masih dalam siasatan lanjut pihak polis,” katanya ringkas ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira jam 3 pagi kelmarin, tiga penjenayah warga asing tanpa identiti maut ditembak selepas mereka menyerang sepasukan polis di Desa Vista, Sepang.
Siasatan awal mendapati kesemua suspek bergiat aktif dalam jenayah samun dan pecah rumah di sekitar Selangor, Kuala Lumpur, serta Negeri Sembilan, membabitkan kerugian kira-kira RM1 juta.