Politik

PN Perlis umum dua lagi calon DUN yang tertangguh

DUA lagi diumumkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) oleh Pakatan Nasional (PN) Perlis hari ini sekaligus calon yang bakal bertanding Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) di bawah pakatan parti ini telah lengkap.

Pengumuman calon DUN Kayang dan Sena ditangguhkan pada Majlis Perisytitharan Calon PRU15 PN malam tadi disebabkan ada masalah teknikal.

Pengerusi PN Negeri, Mohd Shukri Ramli mengumumkan dua nama calon ini di Kompleks PAS Kangar.

Bagi DUN Kayang, calonnya adalah Ketua Dewan Pemuda PAS Perlis, Ustaz Asrul Aimran Abd Jalil.

Manakala bagi DUN Sena pula, calonnya Datin Marzita Mansor.

Mohd Shukri bersyukur kerana semua senarai calon yang akan bertanding sudah menerima watikah masing-masing.

Sehubungan itu katanya, PN akan bekerja kuat bagi memastikan Perlis dalam gengaman pada PRU15. – SM

(Visited 404 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button