Politik

AMANAH Perlis letak calon Parlimen, lima calon DUN

PARTI AMANAH Negara (AMANAH) Perlis buat pertama kali menyertai Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) dengan meletakkan seorang calon bertanding kerusi Parlimen selain lima calon Dewan Undangan Negeri (DUN).

Calon yang dipilih bagi Parlimen Padang Besar ialah Timbalan Presiden Veteran Tentera Tidak Berpencen Malaysia, Kapten (B), Mohamad Saad @ Yahaya, 58.

Pengumuman ini dibuat oleh Pengerusi AMANAH Perlis, Wan Kharizal Wan Khazim selepas majlis penyampaian watikah pencalonan di Pejabat AMANAH di Kangar, hari ini.

Katanya, beliau sendiri akan bertanding di DUN Kayang seperti PRU14.

Empat lagi calon DUN adalah Mat Safar Saad (Beseri), Che Mazlina Che Yob, 59 (Santan), Azhari Ahmad, 58 (Bintong) dan Dr. Ahmad Fadhzil Mohamad, 37 ( Sanglang).

AMANAH turut mempertaruhkan seorang doktor perubatan yang mempunyai klinik sendiri iaitu Dr. Ahmad Fadhzil yang akan menentang penyandang kerusi Sanglang, Pesuruhjaya PAS Perlis, Mohd Shukri Ramli.

Tiga calon DUN AMANAH yang lain  berlatarbelakangkan profesyen perguruan. – SM

(Visited 393 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button