Nasional

PN akan berlepas ke Turkiye bagi misi bantuan gempa bumi Turkiye-Syria

AHLI-AHLI Parlimen Perikatan Nasional (PN) akan menyertai misi bantuan kemanusiaan ke Turkiye dan Syria bagi membantu mangsa gempa bumi di dua negara terbabit pada malam ini 2 February 2023 jam 8.00 malam.

Seramai tujuh Ahli Parlimen Perikatan Nasional (PN) termasuk Timbalan Presiden PAS, YB Datuk Sri Tuan Ibrahim Tuan Man dan enam sukarelawan daripada PASRelief dan Sekretariat Aid4Turkiye&Syria.

Misi ini adalah misi yang kedua Sekretariat Aid4Turkiye&Syria setelah yang pertama pada 16 hingga 22 Februari lalu dan kali ini mereka akan menumpukan kawasan Hatay di Turkiye dan Kahramanras.

Pengerusi Sekretariat Aid4Turkiye, YAB Dato’ Seri Haji Muhammad Sanusi Md. Nor berkata, bantuan kali ini berfokus kepada program membina semula lima buah rumah sederhana kekal daripada kontena yang bernilai RM30,000 sesebuah. Kos diperuntukkan untuk bantuan ini adalah sebanyak RM150,000.

“Bantuan lain adalah menyalurkan bantuan makanan dan pakaian untuk musim sejuk yang akan dihantar dengan kawasan sempadan dua negara terbabit. Peruntukan bantuan ini bernilai RM200,000.

“Anggaran kos keseluruhan yang diperlukan bagi kedua-dua program ini sebanyak RM 3 Juta,” tambahnya lagi. -SM

(Visited 82 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button