Nasionalpilihan

PM ucap tahniah atas perlantikan Dr. Mohammed Azman sebagai Presiden ISSA ke-17

MALAYSIA sekali lagi menerima pengiktirafan di peringkat antarabangsa apabila Ketua Eksekutif Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed dilantik sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) yang ke-17.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dalam satu kenyataan di akaun Twitter rasminya, mengucapkan tahniah kepada Azman Aziz atas lantikannya sebagai Presiden ISSA ke-17.

Katanya, pemilihan beliau sebagai Presiden ISSA itu amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia.

“Tahniah Datuk Seri Dr. Mohammed Azman Aziz Mohammed, Ketua Eksekutif PERKESO atas pemilihan sebagai Presiden International Social Security Association (ISSA) ke-17, bagi tempoh 2023-2025.

“Pemilihan ini amat bermakna buat seluruh Keluarga Malaysia kerana ia membuktikan kepercayaan dunia terhadap kepemimpinan Malaysia dalam bidang keselamatan sosial dan mengharumkan nama negara di persada antarabangsa,” katanya.

Untuk rekod, Azman Aziz telah berkhidmat dengan Perkeso sejak 15 tahun yang lalu.

Artikel berkaitan > Azman Aziz dilantik sebagai Presiden ISSA yang ke-17

(Visited 262 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button