Nasional

PM Tiba Di Brunei Untuk Lawatan Rasmi Selama Dua Hari

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob tiba di Brunei untuk lawatan rasmi selama dua hari dan dijadual akan bertemu dengan Sultan Hasanal Bolkiah.

Ketibaan Ismail berserta delegasi disambut Putera Mahkota Brunei Pengiran Muda Mahkota Al-Muhtadee Billah dan Pengiran Anak Puteri Masna.

Mengiringi ketibaan Ismail dan delagasi juga, lagu Negaraku mewakili Malaysia dan Allah Peliharakan Sultan mewakili Brunei dimainkan di lapangan terbang antarabangsa itu.

Turut serta, Menteri Luar Datuk Seri Saifuddin Abdullah, Menteri Kerja Raya Kanan Datuk Seri Fadillah Yusof dan Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ismail dijadual menghadap Sultan Hasanal Bolkiah di Istana Nurul Iman pada Selasa diikuti jamuan tengah hari rasmi yang dihoskan oleh pemerintah.

Antara perkara yang akan dibincangkan semasa lawatan adalah termasuk laluan perjalanan vaksinasi (VTL) melalui udara antara Malaysia dan Brunei; kerjasama baharu selepas Covid-19; kerjasama dalam bidang diplomasi kesihatan; dan, menggalakkan kerjasama ekonomi yang lebih erat.

 

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button