Nasional

KPM Hantar Surat Kepada SPR, Mohon Jangan Ganggu Sekolah & Dewan Pelajar SPM!

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menegaskan sekiranya Pilihan Raya Negeri (PRN) jatuh pada minggu peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), sekolah yang terlibat tidak seharusnya dijadikan pusat buang undi.

Pendirian mengenai perkara ini sudah pun dibuat sejak awal dan kenyataan tersebut disahkan Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Md. Jidin selain mendapat sokongan ramai pihak.

Sehubungan dengan itu Radzi menerusi KPM menghantar surat rasmi kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung perkara itu agar kebajikan pelajar yang menduduki peperiksaan SPM tidak terganggu.

Keputusan KPM bukan sahaja menarik nafas lega guru-guru yang bertugas malah membolehkan perancangan pihak sekolah khas untuk pelajar SPM dapat disempurnakan dengan baik.

(Visited 275 times, 1 visits today)

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka (klik) dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Baca Juga Artikel ini
Close
Back to top button