Nasional

PM menjanjikan kabinet lebih kecil jika BN menang

Perdana Menteri sementara Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memberi jaminan bahawa kabinet yang lebih kecil akan dibentuk selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15).

Beliau berkata, bagaimanapun, ini hanya boleh dilakukan sekiranya Barisan Nasional (BN) memenangi pilihan raya dan jika beliau dilantik semula sebagai perdana menteri.

“Beri saya sedikit ruang untuk memikirkan siapa yang akan berada dalam kabinet. Saya memberi jaminan bahawa saya akan mengecilkan kabinet seterusnya, kabinet yang kita ada sekarang terlalu buncit.

“Tetapi siapa yang akan menjadi menteri hanya akan diputuskan jika BN menang dan jika saya menjadi perdana menteri,” katanya pada majlis Santai Anak Muda di Puncak Alam, di sini, malam tadi.

Sementara itu, Ismail Sabri menyatakan keyakinannya bahawa mereka yang bekerja dalam perkhidmatan awam akan mengundi BN.

Beliau berkata mereka sudah pun merasai perubahan sepanjang tempoh 22 bulan Pakatan Harapan (PH) memerintah.

“Rakyat mahukan perubahan ketika itu dan memberi peluang kepada PH. Tetapi (PH) gagal.

“Rakyat mahu perkara yang diikrarkan dalam manifesto PH sebelum pilihan raya, tetapi akhirnya, (PH) tidak dapat menunaikan janji mereka.

“Kerajaan kini menjaga kepentingan penjawat awam, jauh lebih baik daripada PH.

“Saya yakin mereka akan menyokong BN,” katanya lagi.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Related Articles

Back to top button