Nasional

PM Bertemu Syarikat Gergasi Jepun, Alu-Alukan Projek Berkualiti Tinggi

Selain menyampaikan ucaptama pada Persidangan Nikkei ke-27 bagi tahun 2022, jadual Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob padat dengan pertemuan dengan pelbagai syarikat gergasi Jepun.

Antara fokus pertemuan itu adalah bagi menarik minat mereka menanam modal dan membesarkan perniagaan mereka di Malaysia.

“Pagi ini saya menghadiri sesi bersemuka dengan empat syarikat besar di Jepun seperti antaranya Mitshubishi Power, sebuah syarikat yang berpengalaman dalam industri penjanaan kuasa dan penyimpanan tenaga.

“Syarikat ini mereka bentuk dan membina sistem janakuasa di seluruh dunia. Mereka juga terlibat dengan industri gas asli, stim, aero-turbine, geothermal dan PV Solar,” kata Perdana Menteri.

Kongsi Perdana Menteri, pertemuan itu diwakili Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Hideshi Kawamoto serta Pengurus Pemasaran dan Jualan Antarabangsa, Nobuhiro Kawai.


Menurut rekod dan sumber, Mitsubishi mempunyai lebih 18,000 orang pekerja di seluruh dunia dan berpengkalan di Yokohama, Jepun.

“Mitsubishi Power dan THB Power pada masa ini sedang bersama-sama membangunkan penyelesaian teknologi terkini bagi loji jana kuasa di Gurun, Kedah.

“Malaysia komited dan mengalu-alukan projek berkualiti tinggi dengan elemen kelestarian seiring dengan matlamat negara mengurangkan kesan gas rumah hijau,” ujar Perdana Menteri.

(Visited 44 times, 1 visits today)

Show More

Related Articles

Back to top button