Nasionalpilihan

PM beri sumbangan kepada wartawan hiburan Huzz

PERDANA Menteri, Datukl Seri Anwar Ibrahim melalui Setiausaha Politiknya, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi wartawan hiburan, Huzz.

Huzz atau nama sebenarnya Kamal Huzaini dalah wartawan hiburan di Utusan Malaysia dan kemudiannya URTV, iaitu majalah di bawah syarikat Utusan Melayu (M) Berhad dan kemudian diletakkan di bawah anak syarikatnya Utusan Karya Sdn. Bhd.

“Hari ini Setiausaha Politik saya, Ahmad Farhan Fauzi telah menziarahi wartawan hiburan, saudara Huzz yang popular ketika era 80an-90an dahulu menerusi penulisan berkaitan dunia artis tanahair.

“Namun empunya badan atau nama sebenarnya, Kamal Huzaini kini terlantar di Hospital Kuala Lumpur akibat menderita kanser usus tahap empat.

Selain bertanyakan khabar, Farhan turut memberikan sedikit bantuan dari pihak saya bagi meringankan beban yang ditanggung.

“Saya amat berharap pemberian ini dapat memberi sedikit kelegaan kepada saudara Huzz, Insya-Allah,” demikian coretan Perdana Menteri di platform X. – SM.

PENTING
1) Sertai Group Whatsapp Suara Merdeka klik dan;
2) Ikuti Suara Merdeka di Facebook, Twitter, Instagram serta TikTok!
Show More

Wartawan SuaraMerdeka

Penulis adalah bekas wartawan Utusan Melayu (M) Berhad.

Related Articles

Back to top button